Khamis, 22 Mac 2012

Petua Mendapatkan Khusyuk di dalam Solat

Bismillahirrahmanirrahim
Allah.s.w.t  telah berfirman yang bermaksud:
" Solat itu tiang agama ( Sesiapa yang mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkannya.)"
( Riwayat al- Dailami)

Kali ini Fikrah Hunter ingin berkongsi dengan anda petua untuk khusyuk di dalam solat. Untuk Khusyuk di
dalam solat hendaklah amalkan perkara- perkara seperti berikut:

  1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah ( yang afdalnya di masjid ).
  2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  4. Tidak bersolat dengan menangguhkan buang air besar atau air kecil.
  5. Memahami segala bacaan solat.
  6. Membaca surah an-Nas, selawat dan istighfar sebelum takbir.
  7. Akhir sekali, mengingati mati dan membayangkan itulah solat yang terakhir.
Insyaallah, semoga petua- petua yang diberikan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Apa yang baik datangnya daripada Allah, dan apa yang kekurangan itu adalah dari diri sendiri.

Wallahualam...: )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.