Ahad, 4 Mac 2012

Mukaddimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahirabbil alamin wassolatuwassalam waala asyrafil anbiai wal mursalin waala alihi wasabbihi ajmain. Allahumma solli wasallim ala tibbil qulubi wa dawaiha wa afiatil abdani wa syifaiha, amma ba'du

Assalamualaikum warahmatullah dan salamun alaik kepada semua pengunjung- pengunjung blog yang dikasihi Allah sekalian. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah dan segala kekurangan pada diri kita adalah dari diri kita sendiri dengan izin Allah.
Sebagai seorang blogger yang baru, ingin terlebih dahulu saya memohon kemaafan kepada semua pengunjung- pengunjung blog ini sekiranya terdapat sebarang kekurangan, baik secara sedar atau tidak sedar, baik sengaja atau tidak sengaja. Sesungguhnya berkat kemaafan dari kalian semoga Allah mencucuri rahmat kepada kita baik yang hidup atau yang telah berpindah ke alam yang baru. 

Blog yang saya sajikan kepada anda semua hanyalah sebagai perkongsian semata- mata. Walaupun sedikit diharapkan dapat memberi manfaat kepada kita semua kerana Nabi s.a.w telah pun bersabda, 

Diriwayatkan dari Jabir berkata Rasulullah s.a.w bersabda : Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seseorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik- baik manusia adalah orang yang paling bemanfaat bagi manusia.

(Hadis riwayat Tabrani dan Daruquthni)

Sekian dari saya. Wallahualam...:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.