Memaparkan catatan dengan label Hukum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hukum. Papar semua catatan

Selasa, 18 September 2012

Kewajipan Muslimah Menutup aurat

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Surah Al-Ahzab,33:59)


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka. (Surah An-Nur,24:31)


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raaf7:26)

Isnin, 30 Julai 2012

Hukum Bersugi

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi Nastainu Billah

Bersugi juga di sebut dengan perkataan bersiwak. Siwak adalah bahasa Arab yang membawa maksud pencedok dan alatnya, manakala dari segi syarak pula membawa maksud kayu yang digunakan seperti ranting atau sebagainya di dalam mulut dengan tujuan untuk membersihkan gigi.


Sebahagian ulama berselisih pendapat mengenai bersugi adakah mendapat fadhilat sunat bersugi sekiranya dia melakukan dengan tangan sahaja, terdapat pendapat di sisi mazhab Imam Syafie mengatakan bahawa sekiranya dia menggunakan tangan tetap medapat fadhilat sunat bersugi dan ada diantara mereka pula mengatakan tidak mendapat fadhilat sunat tersebut.

Kita boleh menggunakan apa sahaja untuk bersugi dengan syarat alat tersebut hendaklah suci daripada najis dan bersifat kesat, kecualilah dengan tangan kerana dengan tangan bagi sesetengah pendapat tidak mendapat fadhlilatnya. Hukum siwak adalah sunat seperti mana tersebut dalam hadis nabi bersabda, mafhumnya: "bersiwak adalah membersihkan mulut dan mendapat keredaan daripada Allah". [H.R Abu Daud] Hadis ini isnadnya adalah kuat.

Khamis, 19 Julai 2012

9 Golongan Manusia Yang Menunaikan Solat

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Semoga pengisian kali ini memberikan kita iktibar dan pengajaran yang amat penting bagi kita. Di dunia ini ramai orang- orang Islam yang menunaikan solat, malah lengkap lima waktunya sehari semalam. Meski pun begitu, masing- masing solat mereka (kita) berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, terdapat 9 golongan manusia yang menunaikan solat. Insyaallah, dengan perkongsian renungan ini dapatlah kita sama- sama memperbaiki amalan- amalan kita.

GOLONGAN 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak solat, bahkan ramai juga yang tak tahu nak solat. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak solat tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin solat itu fardu.Masya-Allah... taknak masuk golongan nih.. paling menyedihkan...

Ahad, 15 Julai 2012

Akibat Membunuh Diri Menurut Islam

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu billah

Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka itu untuk selama-lamanya.

Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka itu selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam neraka itu.

Suatu topik yang hangat diperkatakan dalam masyarakat hari ini ialah kejadian bunuh diri. Dilaporkan bahawa puncanya disebabkan kurang tahap didikan dan beratnya beban yang ditanggung pelaku. Dalam Islam membunuh diri termasuk dosa besar kerana manusia adalah makhluk dimuliakan Allah dan diutamakan melebihi makhluk lain.

Sabtu, 14 Julai 2012

Mengenali Ibadah Puasa

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kami menjadi orang yang bertakwa". Demikian maksud firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183.

Takwa yang dimaksudkan dalam firman Allah di atas membawa erti - patuh atau taat setia seorang Islam dalam melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya. Mereka yang bertakwa adalah orang yang beruntung, berjaya dan telah sampai kepada darjat yang tinggi dalam ibadatnya kepada Allah.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, ''Sebab kebanyakan manusia masuk ke syurga ialah kerana takwanya kepada Allah dan sebab kebaikan budi pekerti''.

Dengan memahami selok belok ibadat puasa ini diharapkan kita yang akan mengerjakan ibadat ini sampai ke tahap 'At-ttwa'. Barulah kita merasa puas dan sempurna akan apa yang kita telah kerjakan.

Sabtu, 23 Jun 2012

Hukum Mendengar Lagu Dalam Islam


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah
Masalah nyanyian yang disertai muzik baik dengan alat ataupun tanpa alat adalah satu masalah yang sering dibahas sejak dahulu lagi. Sebenarnya, para ulama telah bersepakat bahawa semua bentuk nyanyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat adalah HARAM.
Namun, dalam kalangan ulama fiqh terdapat khilaf(perbezaan pendapat) dalam masalah ini.
Para ulama juga telah menyetujui dan memBOLEHkannya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu pernikahan, hari-hari besar dan sebagainya.

Hukum Mewarnakan rambut


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi Nastainu billah
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Ahad, 17 Jun 2012

Hukum Merokok Berdasarkan Fatwa

Bismillahirrahmaniraahimi Wabihi Nastainu Billah


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English): 
Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.