Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mac 2012

Mengenali Iman dan Akidah

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah

Akidah adalah perkara paling asas dalam kehidupan manusia yang bergelar Muslim kerana tanpanya tidaklah terikat hati mukmin untuk sentiasa berlaku taat dan takwa kepada Allah. Hasil daripada ikatan itu, seorang mukmin tidak akan bertindak melakukan sesuatu dengan sewenang- wenangnya lantaran mengetahui bahawa setiap perbuatan yang dilakukan manusia akan membawa kesan yang baik atau buruk pada masa akan datang. Malahan, seorang mukmin juga akan sentiasa meyakini bahawa setiap peraturan dan ciptaan Allah sentiasa ada hikmah di sebaliknya sama ada manusia itu mengetahuinya atau tidak mengetahuinya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai akidah, maka Fikrah Hunter akan mengupas lebih lanjut mengenainya.

Akidah dari segi bahasa:

Berasal dari perkataan Arab yang iaitu aqada yang bermaksud mengikat.

Oleh itu, akidah adalah ikatan/ atau simpulan yang mengikat sesuatu dengan sesuatu.

Akidah dari segi Istilah:

Suatu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang, pemikiran dan hatinya dengan sesuatu kepercayaan, menjadikan kehidupannya terarah dan terpimpin.

Persoalan yang ingin Fikrah Hunter utarakan adalah sekiranya akidah ialah ikatan atau simpulan, apakah