Bismillahirrahmanirrahim
Imam al-Ghazali menggariskan sifat Mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian:
Imam al-Ghazali menggariskan sifat Mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian:
- Gemar makan dan minum - sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.
- Banyak berkata- kata yang sia- sia- bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta, dan bertengkar.
- Marah- berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.
- Hasad, dengki, dan iri hati- lahir daripada daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain dan berusaha menghilangkan nikmat itu.
- Kasih pada harta- tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak, dan memabzir itulah yang dibenci oleh Islam.
- Takbur- antara sebab takbur adalah keturunan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh, dan kuat beribadat ( menunjuk- nunjuk.)
- Riyak- sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata- mata ingin pujian, pangkat, dan kedudukan.
- Ujub- sifat bangga diri dengan keistimeawan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain- lain.
- Kasih akan dunia- hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi hinggakan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.
Semoga Allah menjauhkan diri kita dari sifat- sifat Mazmumah seperti di atas. Ya Allah, jauhkanlah hati kami daripada sifat- sifat Mazmumah ini, amin.
Wallahualam...: )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.