Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah
Akidah adalah perkara paling asas dalam kehidupan manusia yang bergelar Muslim kerana tanpanya tidaklah terikat hati mukmin untuk sentiasa berlaku taat dan takwa kepada Allah. Hasil daripada ikatan itu, seorang mukmin tidak akan bertindak melakukan sesuatu dengan sewenang- wenangnya lantaran mengetahui bahawa setiap perbuatan yang dilakukan manusia akan membawa kesan yang baik atau buruk pada masa akan datang. Malahan, seorang mukmin juga akan sentiasa meyakini bahawa setiap peraturan dan ciptaan Allah sentiasa ada hikmah di sebaliknya sama ada manusia itu mengetahuinya atau tidak mengetahuinya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai akidah, maka Fikrah Hunter akan mengupas lebih lanjut mengenainya.
Akidah dari segi bahasa:
Berasal dari perkataan Arab yang iaitu aqada yang bermaksud mengikat.
Oleh itu, akidah adalah ikatan/ atau simpulan yang mengikat sesuatu dengan sesuatu.
Akidah dari segi Istilah:
Suatu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang, pemikiran dan hatinya dengan sesuatu kepercayaan, menjadikan kehidupannya terarah dan terpimpin.
Persoalan yang ingin Fikrah Hunter utarakan adalah sekiranya akidah ialah ikatan atau simpulan, apakah
ikatan- ikatan atau simpulan yang mengikat dan menyimpulkan seseorang yang mengaku telah berakidah dengan akidah Islam?

Jawapan Fikrah Hunter tentunya sekali adalah segala ikatan yang terkandung di dalam rukun Iman. Mengapa? Penjelasannya telah pun terdapat di dalam pengertian Iman dibawah,
Pengertian Iman dari segi bahasa:
Berasal dari kata akar al- amn bermaksud aman, tiada rasa takut, kedamaian & ketenangan jiwa. Dari perkataan al- amn lahir al-iman yang membawa erti mengiktiraf, mengakui, membenarkan dan keyakinan (tasdiq) dengan pasti/ putus (jazam). Oleh yang demikian iman dari aspek bahasa mengandungi semua maksud di atas; al- iman dan al- amn ( keyakinan dan ketenangan)
Pengertian dari segi istilah
a. Nabi s.a.w menjelaskan maksud keyakinan ini dalam satu hadis yang mashur (terkenal sebagai hadis Jibril)
Keimanan itu adalah bahawa kamu beriman dengan Allah, malaikat- malaikat- Nya, kitab- kitabnya, rasul- rasulnya, hari akhirat dan al- qadar. ( Janji baik dan buruk)
( Riwayat al- Bukhari)
b. Hassan al- Basri berkata: Iman adalah mengakui ( tasdiq) dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melakukan dengan anggota.
c. Dr Muhammad Sulaimain Yasin menjelaskan Iman adalah mengakui dengan hati secara putus (pasti/ jazam) akan segala yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w, yang thabit secara qat'ie kedatangannya secara darurah.
Berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari (pengertian no 1 tadi), rukun iman ada 6 perkara.
Apabila seseorang mukmin beriman kepada kesemua rukun- rukun Iman itu dengan hatinya, lisannya, dan juga keseluruhan anggota tubuhnya dengan sepenuhnya maka termeterailah ikatan akidah Islam. Oleh sebab itu tidak cukup setakat mengakui dengan hati bahawa Allah itu Maha Satu namun tetap menyembah sesuatu selain-Nya dengan mensyirikkan-Nya sebagaimana tidak dikira seseorang Muslim sudah melaksanakan solat fardunya sekiranya ditunaikan hanya dengan niat tanpa perbuatan.
Wallahualam... : )

- Beriman kepada Allah
- Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada kitab- kitab Allah
- Beriman kepada Rasul- rasulnya
- Beriman kepada hari Akhirat
- Beriman kepada Qada' & Qadar
Apabila seseorang mukmin beriman kepada kesemua rukun- rukun Iman itu dengan hatinya, lisannya, dan juga keseluruhan anggota tubuhnya dengan sepenuhnya maka termeterailah ikatan akidah Islam. Oleh sebab itu tidak cukup setakat mengakui dengan hati bahawa Allah itu Maha Satu namun tetap menyembah sesuatu selain-Nya dengan mensyirikkan-Nya sebagaimana tidak dikira seseorang Muslim sudah melaksanakan solat fardunya sekiranya ditunaikan hanya dengan niat tanpa perbuatan.
Wallahualam... : )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.