Memaparkan catatan dengan label Kisah Benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Benar. Papar semua catatan

Isnin, 25 Februari 2013

Kisah lelaki yang Faham Bahasa Haiwan

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan dan apabila dia mendengar bahawa Musa faham bahasa binatang, dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya.

Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tidak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian.

Beberapa hari kemudian, dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjang bahawa tidak lama lagi keledai akan mati. Jadi, untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya. Selepas peristiwa itu, sekali lagi ayam jantan berkata-kata dengan binatang lain.

Kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelakkan kerugian. Dia gembira dengan tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang ada padanya - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya.

Sabtu, 26 Januari 2013

KISAH SEORANG LELAKI TIDAK PERNAH BERSELAWAT KEPADA RASULLAH SAW

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau." - Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)

Ahad, 30 Disember 2012

Tokoh- Sultan Muhammad al- Fateh

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Rabu, 25 Julai 2012

Khaulah Al- Azwar_ Bidadari Besi Jihad

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Beliau adik kepada Dhirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar.Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Isnin, 23 Julai 2012

Bekerja Itu Ibadah

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Bekerja bukan sahaja satu keperluan, tapi juga kewajiban. Berpahala jika dilakukan, berdosa kalau ditinggalkan. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa seorang lelaki dari kaum Anshar datang menghadap Rasulullah saw dan meminta sesuatu kepada beliau. Rasulullah saw bertanya, “Adakah sesuatu di rumahmu?”

“Ada, ya Rasulullah!” jawabnya, “Saya mempunyai sehelai kain tebal, yang sebagian kami gunakan untuk selimut dan sebagian kami jadikan alas tidur. Selain itu saya juga mempunyai sebuah mangkuk besar yang kami pakai untuk minum.”

Kisah Laknat Seekor Kuda

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Suatu hari, Abdullah bin Al-Mubarak pergi ke pasar. Dia telah melihat seekor kuda dijual dengan harga 40 dirham. "Alangkah murahnya kuda ini." katanya.

"Tetapi ada cacatnya," sahut pembeli yang lain.

"Apakah kecacatan kuda ini?" tanya Abdullah.

"Tidak boleh mengejar musuh dan tidak boleh lari dari musuh. Ia akan duduk tetap di tempatnya." ujar pembeli menghina kuda yang murah itu.

"Kalau begitu, kuda ini sungguh bernilai" kata Abdullah sambil berlalu dari situ.

Sabtu, 21 Julai 2012

Anjuran Ulamak- Ulamak Sufi Dalam Mengekang Hawa Nafsu

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Hawa nafsu adalah kecenderungan jiwa kepada sesuatu, baik itu berupa kebaikan atau keburukan. Namun, seringkali hawa nafsu itu cenderung ke arah keburukan. Oleh sebab itu, admin tertarik akan sebuah entri , di dalamnya ada mengisahkan ketika Allah SWT menciptakan nabi Adam dan hendak memasukan nafsu kedalam nabi Adam..

Allah bertanya kepada nafsu :Wahai nafsu siapa Aku dan siapa engkau

Engkau adalah Allah, Tuhanku dan aku adalah nafsu..

Isnin, 16 Julai 2012

Kisah Pencabut 99 Nyawa

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Telah diriwayat dari sebuah Hadis Sahih Muslim, Nabi s.a.w bersabda : Terdapat seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia. Lalu dia mencari seseorang yang paling alim.Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta,lalu dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata : Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab : Tidak.
Mendengar jawapan tersebut dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim.Setelah ditunjukkan kepadanya seorang ulama,dia terus berjumpa ulama tersebut dan berkata : Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia.Adakah taubatku masih diterima?Ulama tersebut menjawab : Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah.Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t. bersama mereka dan jangan pulang ke negeri kamu kerana negeri kamu adalah negeri yang sangat hina.

Wanita Syurga Sebelum Fatimah Az-Zahrah

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Al-kisah, Siti Fatimah adalah anak Rasullullah S.A.W yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasullullah S.A.W sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda: "Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu."

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata: "Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang."

Lalu Rasullullah S.A.W bersabda: "Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah." Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Khamis, 12 Julai 2012

Kisah Seorang Hakim Yang Bijaksana

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanl Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kambing itu dan berpesan "Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan."

Setelah Luqman menyembelih kambing itu, dia pun menghantarkan hati dan lidahnya kepada wanita tersebut.

Beberapa hari kemudian, wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini dia berpesan untuk memberinya sebahagian yang terbaik dari kambing itu. Setelah disembelih, Luqman pun menghantarkan hati dan lidah juga kepada wanita itu.

Mukjizat Nabi S.A.W - Segantang Gandum Makanan 1000 Orang

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Jabir RA berkata pada masa pertahanan Khandak, aku lihat Rasulullah dalam keadaan lapar sekali. Aku pun bertanya kepada isteriku kalau ada apa-apa yang boelh dimasak untuk Rasulullah. Kata isteriku, "Kita cuma ada segantang gandumd an seekor kambing sahaja."

Lalu aku pun menyemeblih kambing itu sedang isteriku mengadunkan roti. Setelah selesai, aku pun pergi menjemput Rasulullah dan beberapa orang sahabat. Mendengarkan jemputan ini, Rasulullah lalu menghebahkannya kepada semua tentera Khandak.

Bilangan mereka hampir 1000 orang, sedangkan makanan yang Jabir sediakan hanya untuk beberapa orang sahaja. Jabir menjadi gelisah, tetapi sebelum pulang, Rasulullah berpesan kepada Jabir, "Jangan kamu turunkan kualimu dan jangan kamu masak dahulu roti itu sebelum aku datang."

Selasa, 10 Julai 2012

Kisah Khalifah Putus Solat Gara- Gara Pelawak

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah


Ibnu Maryam adalah seorang yang sering membuat Khalifah Harun Ar-Rasyid tertawa kerana kelucuannya. Dia banyak menguasai cerita-cerita tentang bumi Hijaz dan lain-lain tempat di negeri Arab. Khalifah Harun telah mengizinkan Ibnu Maryam untuk tinggal di istananya dan bergaul dengan kaum keluarganya. 

Suatu pagi, Khalifah Harun telah mengejutkan Ibnu Maryam untuk solat Subuh. Ibnu Maryam pun bangun dan terus berwudhu, sedang Khalifah Harun telah memulakan solat bersama orang lainnya. Apabila Ibnu Maryam sampai ke tempat solat, dia mendapati Khalifah Harun tengah membaca surah Yasin dan sampai pada ayat 22 yang ertinya: "Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku...?" 

Kisah Huruf Sin dan Shad

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah


Al- kisah, diceritakan bahawa seorang ulama bernama Nashr sakit, lalu seorang temannya yang bernama Abu Shalih datang menziarahinya. Kedua-dua orang itu sama-sama alim. Dalam kesempatan menggembirakan si sakit, Abu Shalih tidak lupa mendoakan dan memberi semangat kepada temannya itu. 

"Masahallahu ma bika (semoga Allah menyembuhkan penyakitmu)" kata Abu Shalih. 

"Katakan mashahallahu, yakni dengan huruf shad bukan sin." kata Nashr, yang ertinya semoga Allah melenyapkan (menyembuhkan) penyakitmu. 

Isnin, 9 Julai 2012

Kisah Khalifah Umar Al- Khatab Dan Sungai Nil

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah


Tatkala negeri Mesir mula ditakluki oleh tentara Islam Khalifah Umar Ibnul Khattab yang memerintah Kerajaan Islam ketika itu telah melantik Amru Bin Al As sebagai gabenor di wilayah islam yang baru itu. Amru Bin Al As memang terkenal seorang pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap dan bijaksana. 

Semasa Amru Bin Al As menjadi gabenor Mesir, suatu peristiwa ganjil telah berlaku. Air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir beberapa bulan lagi dan penduduk-penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara jahiliah ialah mengorbankan seorang anak gadis yang cantik ke dalam sungai itu. Mereka mendesak Amru Bin Al As supaya melakukan upacara itu. Beliau yang sebagai pemerintah Islam dan tokoh sahabat Rasulullah SAW tentu sekali berkeras tidak mahu melakukan sebab terang sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci. 

Khamis, 5 Julai 2012

6 Soalan Teka- Teki Imam al-Ghazali

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali =  "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"

Murid 1 =  "Orang tua"

Murid 2 =  "Guru"

Murid 3 =  "Teman"

Murid 4 =  "Kaum kerabat"

Imam Ghazali =  "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Rabu, 4 Julai 2012

20 Pertanyaan Nabi S.A.W Terhadap Iblis laknatullah


Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disukai maupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahwa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat keras.”

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.


Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sambut Iblis (alaihi laknat),

Jumaat, 29 Jun 2012

Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah


Al-kisah, Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :


"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."


Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?"


"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Kisah Unta Mematahkan Rancangan Jahat Abu Jahal

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah


Al-kisah, Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.


Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahwa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."


Selasa, 26 Jun 2012

Kisah Uzair Hidup Semula Setelah Seratus Tahun Kematian

Bismillahirrrahmanirrahimi wabihi nastainu billah


Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahwa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.

Sebaik saja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru saja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.

Isnin, 25 Jun 2012

Kisah Lima Perintah Aneh kepada seorang Nabi

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi Nastainu Billah


Al-kisah, Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

 Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.