Khamis, 22 Mac 2012

Posted by Putra Zulkhairi | File under : ,
Bismillahirrahmanirrahim
Imam al-Ghazali menggariskan sifat Mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian:

  1. Gemar makan dan minum - sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.
  2. Banyak berkata- kata yang sia- sia- bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta, dan bertengkar.
  3. Marah- berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.
  4. Hasad, dengki, dan iri hati- lahir daripada daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain dan berusaha menghilangkan nikmat itu.
  5. Kasih pada harta- tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak, dan memabzir itulah yang dibenci oleh Islam.
  6. Takbur- antara sebab takbur adalah keturunan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh, dan kuat beribadat ( menunjuk- nunjuk.)
  7. Riyak- sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata- mata ingin pujian, pangkat, dan kedudukan.
  8. Ujub- sifat bangga diri dengan keistimeawan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain- lain.
  9. Kasih akan dunia- hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi hinggakan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.
Semoga Allah menjauhkan diri kita dari sifat- sifat Mazmumah seperti di atas. Ya Allah, jauhkanlah hati kami daripada sifat- sifat Mazmumah ini, amin.

Wallahualam...: )

0 comments:

Catat Ulasan

Alangkah baiknya kalau anda share apa yang anda baca...sebarkan kata- kata hikmah, sampaikan dakwah, tonjolkan keindahan Islam...Sekian :-)= (Smiley berjanggut)

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.