Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah
Al-kisah, suatu hari Imam Abu Hanifah berhujah dengan Dahri, seorang yahudi yang mahu menyesatkan umat Islam di zamannya. Ringkasan peristiwa tersebut:
Dahri: "Benarkah Allah itu wujud?"
Imam Abu Hanifah: "Bahkan Allah memang wujud"
Dahri: "Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya?"
Imam Abu Hanifah: "Allah tetap wujud tetapi Dia tidak bertempat"
Dahri: "Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula?"
Imam Abu Hanifah: "Itu senang sahaja wahai Dahri, cuba kau lihat pada dirimu sendiri, bukankah pada dirimu itu ada nyawa"
Dahri: "Bahkan, memang aku ada nyawa dan memang setiap mahkluk yang bernafas itu ada nyawa"
Imam Abu Hanifah: "Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu? Di kepalakah, di perutkah atau adakah di hujung tapak kakimu?"
Tersentak Dahri seketika. Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu berkata: "Adakah dalam susu ini ada lemak?"
Dahri: "Ya, bahkan!"
Imam Abu Hanifah: "Kalau begitu, di manakah lemak itu berada? Di bahagian atasnya atau di bawahkah?"
Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.
Imam Abu Hanifah; "Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah berada Dzat Allah S.W.T di alam maya ini? Dzat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung!"
Wallahualam...
Sumber : http://tazkirah-agama.blogspot.com/2012/02/peristiwa-abu-hanifah-berdebat-dengan.html?showComment=1340337101587#c3444907174255978804
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.