Jumaat, 29 Jun 2012

7 Sunnah Hebat Untuk Seorang Muslim


Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata

Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah


Al-kisah, Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :


"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."


Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?"


"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Kisah Unta Mematahkan Rancangan Jahat Abu Jahal

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah


Al-kisah, Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.


Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahwa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."


Khamis, 28 Jun 2012

Tokoh- al-Khawarizmi Pengasas Algebra


Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billlah

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliaulah yang menemukan Al Jabru wal Mukobala. (penjabaran dan penyelesaian). Di nama latinkan menjadi Aljabar.
Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. 
PENDIDIKAN 
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan

Senarai 20 Fakta Menarik Tentang Islam


Bismillahirrahmanirrahimi Wabih Nastainu Billah

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. 

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. 

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

Kisah Juha ( Mr.Bean zaman Abassiyah)- Jubah Terpekik

Bilmillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah


Al-kisah, Abul Hasan menceritakan bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.

“Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” tanya lelaki itu kepada Juha.


“Jubahku jatuh dari atas rumah.” jawab Juha.


"Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?”


“Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau akan ikut jatuh bersamanya?” kata Juha.


Nota:  Maknanya si Juhalah yang jatuh...  


Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW. Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha. Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, ada lagi orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.


Wallahualam...


Sumber: http://mushahidah.blogspot.com/

Rabu, 27 Jun 2012

Sejarah Sebenar Bintang Enam Israel


Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Untuk Maklumat para pengunjung, 'Saya' tidak merujuk kepada Admin tetapi kepada pemilik sumber asal post ini. Diharapkan kepada semua yang membaca, apa yang Admin sampaikan ini memberi kita maklumat yang berguna dan iktibar kepada kita semua.

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang

Kotak Paling Berdosa Di Dunia

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Al- kisah, ada dua orang sahabat yang baik sejak kecil sedang rancak berborak- borak di stesen bas. Dalam sedang rancak bersembang, salah seorang sahabat pun berteka-teki.

Mahfiz: Saya ada teka- teki untuk awak.

Chot: Apa dia?

Mahfiz: Dalam banyak- banyak kotak, kotak apa yang paling berdosa?

Chot: Ermmm....( berfikir) kotak bom?

Selasa, 26 Jun 2012

Kisah Uzair Hidup Semula Setelah Seratus Tahun Kematian

Bismillahirrrahmanirrahimi wabihi nastainu billah


Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahwa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.

Sebaik saja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru saja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.

Isnin, 25 Jun 2012

Rahsia Kota Suci Mekah yang jarang diketahui


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

Kisah Lima Perintah Aneh kepada seorang Nabi

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi Nastainu Billah


Al-kisah, Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

 Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.


Ahad, 24 Jun 2012

10 Golongan Manusia Masuk Syurga Tanpa Hisab


Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

Kisah Saudagar Permata Yang Jujur

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah


Al- kisah, pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu.


Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi.

Kisah Si Pemalas dan Abu Hanifah

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah


Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada sesiapa pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."


Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.


Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, "Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu berkeluh kesan sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Sabtu, 23 Jun 2012

Hukum Mendengar Lagu Dalam Islam


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah
Masalah nyanyian yang disertai muzik baik dengan alat ataupun tanpa alat adalah satu masalah yang sering dibahas sejak dahulu lagi. Sebenarnya, para ulama telah bersepakat bahawa semua bentuk nyanyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat adalah HARAM.
Namun, dalam kalangan ulama fiqh terdapat khilaf(perbezaan pendapat) dalam masalah ini.
Para ulama juga telah menyetujui dan memBOLEHkannya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu pernikahan, hari-hari besar dan sebagainya.

Hukum Mewarnakan rambut


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi Nastainu billah
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Jumaat, 22 Jun 2012

9 Mimpi Nabi S.A.W terhadap Umatnya


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi Nastainu Billah...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diIsraqkan"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

Kisah Imam Abu Hanifah Berdebat dengan Yahudi


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah

Al-kisah, suatu hari Imam Abu Hanifah berhujah dengan Dahri, seorang yahudi yang mahu menyesatkan umat Islam di zamannya. Ringkasan peristiwa tersebut:

Dahri: "Benarkah Allah itu wujud?"

Imam Abu Hanifah: "Bahkan Allah memang wujud"

Dahri: "Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya?"
Imam Abu Hanifah: "Allah tetap wujud tetapi Dia tidak bertempat"

Dahri: "Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula?"

Imam Abu Hanifah: "Itu senang sahaja wahai Dahri, cuba kau lihat pada dirimu sendiri, bukankah pada dirimu itu ada nyawa"

Rabu, 20 Jun 2012

kisah abu yazid al-bustami dan paderi gereja samaan


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah
Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.

Tokoh Islam: Badi'uzzaman Sa'id al-Nursi


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu Billah
Nama sebenar beliau adalah Sa'id bin Mirza. Beliau dilahirkan pada tahun 1876 di Nurs yang terletak di perkampungan kecil daerah Khizan, Turki. Keluarga beliau terdiri daripada golongan petani yang hidup dalam keadaan sederhana. Ibu dan bapa beliau berketurunan Kurdis dan berasal daripada salasilah keturunan Ahl al-Bayt.
Gelaran Badi'uzzaman diberikan kepada beliau oleh gurunya yang bernama Syeikh Fathu'llah. Ia bermaksud "keunggulan Zaman". Namun beliau tidak mahu menerima gelaran itu kerana merasakan masih belum layak dengan gelaran itu.
Sa'id al-Nursi merupakan seorang pejuang yang berani berdepan dengan musuh Islam. Beliau sanggup mempertahankan agama walau diri diancam dengan pelbagai ugutan dari pihak musuh Islam. Beliau juga menghadapi pelbagai fitnah dan tohmahan dalam mencapai cita-citanya iaitu, menyepadukan ilmu agama dan ilmu sains. Namun itu semua tidak melunturkan semangat beliau untuk terus berjuang.

Isnin, 18 Jun 2012

Peristiwa Israk Mikraj- Kemuliaan Perjalanan Seorang Nabi

Bismillahirramanirrahimi Wabihi nastainu billah


Bersempena dengan ulang tahun peristiwa israk mikraj kali ini, Fikrah Hunter ingin berkongsi dengan anda sebuah peristiwa mulia ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih... 


Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. 

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. 

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. 

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Ahad, 17 Jun 2012

Hukum Merokok Berdasarkan Fatwa

Bismillahirrahmaniraahimi Wabihi Nastainu Billah


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English): 
Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.


Data Peribadi Rasulullah S.A.W

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu Billah...


Marilah sama- sama kita mengenali rasul kita yang tercinta iaitu nabi Muhammad S.A.W, seorang pembawa rahmat dari Allah keseluruh alam ini...


Biodata Nabi Muhammad S.A.W : 

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib


Jumaat, 15 Jun 2012

Fattabiuni- Bersuci cara Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah

Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) kepada manusia)! Jika adapun kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku, maka Allah (a.w) akan mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Ayat 31, Surah ali-Imran]

Selasa, 12 Jun 2012

Kisah Godaan Syaitan

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"(Yassin, 36:62).

Fattabiuni- Sunnah di dalam Senyuman

Bismillahirahmanirrahimi wabihi nastainu billah



Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) kepada manusia)! Jika adapun kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku, maka Allah (a.w) akan mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Ayat 31, Surah ali-Imran]

Isnin, 11 Jun 2012

Fattabiuni- adab makan

Bismillahirrah manirrahimi wabihi nastainu billah

Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) kepada manusia)! Jika adapun kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku, maka Allah (a.w) akan mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Ayat 31, Surah ali-Imran]

Malaikat Maut Mengintai Kita 70 kali Sehari


Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi nastainu Billah

Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.


Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda

10 Gangguan Syaitan Ketika solat


Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Hamba berlindung kepada-Mu  Ya Allah daripada 10 gangguan syaitan di dalam solat.  

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasullullah S.A.W, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasullullah  S.A.W dan mengadu, “Wahai Rasullullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasullullah  S.A.W menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib."

Kisah Hanzalah mati Syahid

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah


Al-kisah, Salah seorang sahabat serta jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat baginda.
Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat. Keadaan terlalu genting.

Ahad, 10 Jun 2012

Kelebihan yang terdapat dalam lafaz Basmalah

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ....... adalah sangat ringkas namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan: 

Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka: 

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak. 
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam. 
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran. 
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.. 

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan

Siapa yang akan masuk Syurga ?


Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu Billah

‎''Semua umatku akan masuk ke dalam syurga, melainkan orang yang enggan".

Sahabat merasa hairan lalu bertanya : ''Ya Rasulallah, siapakah yang tidak suka masuk ke syurga?''

Rasulullah SAW menjawab : ''Sesiapa yang taat kepada ku bererti dia mahu masuk Syurga dan sesiapa yang tidak mengikuti ajaranku maka orang itulah yang tidak mahu masuk ke syurga''. | HR Bukhari

Wallahualam...

Rujukan: http://tazkirah-umum.blogspot.com/

9 sebab Hati Tidak Bahagia

Bismillahirrahmanirrahimiwabihi nastainu billah
a) PEMARAHPaling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) PENDENDAM
Tersembunyi ibarat mengumpul larah di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelek orang yang didendami itu.

c) HASAD DENGKI
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.