Rabu, 8 Ogos 2012

Tanda- Tanda Kematian Semakin Hampir

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah


Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Khamis, 2 Ogos 2012

Tanda- Tanda Kematian Yang Baik

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Jika ada 20 tanda2 berikut, mati anda adalah mati yg baik (Husnul Khatimah)

1) Dapat mengucap kalimah tauhid (La ilaha illaLlah). Dalilnya hadis dari Muaz bin Jabal r.a (sesiapa yang akhir ucapannya ialah La ilaha illaLlah maka ia dapat masuk Syurga- Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim). Justeru itu, hendaklah kita mentalqin orang kesayangan kita ketika sakratul maut supaya dia sempat mengucap.

2) Mati hari jumaat. Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Amru bin al-Ash (Mana2 Muslim yang mati di siang hari Jumaat atau malam Jumaat, niscaya Allah selamatkankan dia dari fitnah kubur -HR Ahmad dan Termidzi). Walau bagaimanapun hal bukanlah bererti mati di hari selain jumaat tidak baik kerana baginda SAW sendiri wafat pada hari isnin. 

Isnin, 30 Julai 2012

Hukum Bersugi

Bismillahirrahmanirrahimi wabihi Nastainu Billah

Bersugi juga di sebut dengan perkataan bersiwak. Siwak adalah bahasa Arab yang membawa maksud pencedok dan alatnya, manakala dari segi syarak pula membawa maksud kayu yang digunakan seperti ranting atau sebagainya di dalam mulut dengan tujuan untuk membersihkan gigi.


Sebahagian ulama berselisih pendapat mengenai bersugi adakah mendapat fadhilat sunat bersugi sekiranya dia melakukan dengan tangan sahaja, terdapat pendapat di sisi mazhab Imam Syafie mengatakan bahawa sekiranya dia menggunakan tangan tetap medapat fadhilat sunat bersugi dan ada diantara mereka pula mengatakan tidak mendapat fadhilat sunat tersebut.

Kita boleh menggunakan apa sahaja untuk bersugi dengan syarat alat tersebut hendaklah suci daripada najis dan bersifat kesat, kecualilah dengan tangan kerana dengan tangan bagi sesetengah pendapat tidak mendapat fadhlilatnya. Hukum siwak adalah sunat seperti mana tersebut dalam hadis nabi bersabda, mafhumnya: "bersiwak adalah membersihkan mulut dan mendapat keredaan daripada Allah". [H.R Abu Daud] Hadis ini isnadnya adalah kuat.

Rabu, 25 Julai 2012

Khaulah Al- Azwar_ Bidadari Besi Jihad

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Beliau adik kepada Dhirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar.Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.