Isnin, 25 Februari 2013

Kisah lelaki yang Faham Bahasa Haiwan

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan dan apabila dia mendengar bahawa Musa faham bahasa binatang, dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya.

Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tidak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian.

Beberapa hari kemudian, dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjang bahawa tidak lama lagi keledai akan mati. Jadi, untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya. Selepas peristiwa itu, sekali lagi ayam jantan berkata-kata dengan binatang lain.

Kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelakkan kerugian. Dia gembira dengan tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang ada padanya - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya.

Sabtu, 26 Januari 2013

KISAH SEORANG LELAKI TIDAK PERNAH BERSELAWAT KEPADA RASULLAH SAW

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau." - Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)

Selasa, 22 Januari 2013

Koleksi Barangan Peribadi Rasulullah s.a.w

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Baju Gamis Rasullullah
Sebahagian daripada baju gamis yang telah robek

Ahad, 30 Disember 2012

Tokoh- Sultan Muhammad al- Fateh

Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.