Isnin, 16 Julai 2012

Posted by Putra Zulkhairi | File under : , , ,
Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Telah diriwayat dari sebuah Hadis Sahih Muslim, Nabi s.a.w bersabda : Terdapat seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia. Lalu dia mencari seseorang yang paling alim.Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta,lalu dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata : Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab : Tidak.
Mendengar jawapan tersebut dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim.Setelah ditunjukkan kepadanya seorang ulama,dia terus berjumpa ulama tersebut dan berkata : Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia.Adakah taubatku masih diterima?Ulama tersebut menjawab : Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah.Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t. bersama mereka dan jangan pulang ke negeri kamu kerana negeri kamu adalah negeri yang sangat hina.
Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan.Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati,menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya.Malaikat Rahmat berkata : Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata : Dia tidak pernah melakukan kebaikan.Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata : Ukurlah jarak di antara dua tempat.Mana yang lebih hampir,itulah tempatnya.Lantas mereka mengukurnya.Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya.Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.

Pengajaran yang boleh di dapati dari kisah tadi ialah berusahalah dengan sebaik mungkin untuk kembali ke pangkal jalan, janganlah sesekali kita berputus harap untuk mendapat redha-Nya. Dosa manakah yang tidak 
akan Allah ampunkan? Sebanyak mana pun dosa yang kita ampunkan. Insyaallah, walaupun telah membunuh 99 nyawa sekali pun tetap akan diampunkan (asalkan mengulangi dosa yang sama). Teruskan bersangka baik dengan Allah taala...Jazakallahu Khairan Kathiran

Wallahualam

0 comments:

Catat Ulasan

Alangkah baiknya kalau anda share apa yang anda baca...sebarkan kata- kata hikmah, sampaikan dakwah, tonjolkan keindahan Islam...Sekian :-)= (Smiley berjanggut)

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.