Rabu, 13 Jun 2012

Posted by Putra Zulkhairi | File under : , , ,
Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Berdasarkan Hadis ini,


Daripada Abu Hurairah R.anhu katanya pada suatu hari kami bersama-sama Rasulullah S.A.W,tiba-tiba terdengar suara benda jatuh dengan keras,lalu baginda bertanya,'Tahukah kamu suara apakah ini?' Kami menjawab,'Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.' Lalu Nabi S.A.W bersabda,'Ini ialah(bunyi) sebiji batu yang dilemparkan ke dalam api neraka sejak 70 tahun lalu,maka batu iu terus sahaja jatuh menuju dasar neraka dan baru saat ini ia sampai ke dasarnya.Maka sebab itu kamu mendengar bunyi itu.'(Riwayat Muslim)


1 tahun= 365 hari

70 tahun = 25550 hari = 613200 Jam = 36792000 minit = 2207520000 saat


Untuk mengukur kedalaman atau ketinggian objek yang jatuh berdasarkan pecutan graviti, formula berikut digunakan, 

S= ut +1/2at2

S= Sesaran/ kedalaman         u= halaju awal= 0           t= masa= 2207520000 saat           

a= jumlah pecutan graviti 10ms-2 (Berdasarkan pecutan graviti bumi)    


Tambahan: Pecutan dan halaju/ kelajuan adalah dua benda berbeza. Kelajuan/ Halaju adalah jarak yang dilalui dalam tempoh t saat, Manakala Pecutan adalah kadar pertambahan atau pengurangan ( dengan nilai negatif) halaju dalam tempoh t saat; yang mana bererti kelajuan akan sentiasa bertambah melewati tempoh masa perjalanan.

S= 0(2207520000)+ 1/2( 10x 2207520000)2

S= 24365722752000000000 meter


atau   2.435722752x1019 meter

atau lebih kurang 2 decalion meter   kedalaman


Kesimpulan: Tersangatlah dalam api neraka itu...Namun pengiraan di atas hanyalah berdasarkan pecutan graviti bumi purata iaitu  10ms-2  . Kita tidak mengetahui berapa kekuatan graviti api neraka yang sebenar. Yang pasti, jika gravitinya lebih kuat maka lebih dalam kedalamannya .


Semoga menjadi peringatan dan iktibar kepada kita.


TambahanBerdasarkan teori fizik, secara purata pecutan graviti bumi adalah bersamaan 10ms-2. Kesemua objek yang jatuh ditarik graviti akan jatuh dengan jumlah pecutan ini kerana daya graviti bumi yang bertindak ke atas objek tanpa mengira berat atau jumlah jirim objek itu. Dalam erti kata lain, dua objek yang berbeza berat jika dijatuhkan secara serentak akan jatuh dan sampai ke bumi pada masa serentak. Namun, sering dipersoalkan mengapa  suatu objek yang ringan seperti bulu atau kertas tidak jatuh dengan serentak atau jatuh lebih perlahan. Objek seperti bulu atau pun kertas yang jatuh di ruang udara sebenarnya mengalami rintangan udara ataupun angin. Sekiranya bulu itu dijatuhkan di dalam bekas divakumkan (udara dikeluarkan dari bekas) maka jatuhannya akan menjadi serentak. 

Wallahualam...

Nota: Pengiraan diatas hanyalah  berdasarkan teori- teori ilmiah dengan tujuan memberikan  peringatan kepada para pembaca.

1 ulasan:

  1. Sekiranya terdapat kesalahan dalam pengiraan mahu pun formula di atas, dimohon kemaafan. Sila tinggalkan komen sekiranya ada sebarang pembetulan yang perlu dibuat, Terima kasih

    BalasPadam

Alangkah baiknya kalau anda share apa yang anda baca...sebarkan kata- kata hikmah, sampaikan dakwah, tonjolkan keindahan Islam...Sekian :-)= (Smiley berjanggut)

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.