Ahad, 11 Mac 2012

Posted by Putra Zulkhairi | File under : ,
Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Al- kisah, suatu pagi, Imam Abu  Hanifah yang ketika itu masih kanak- kanak mendapati tuan gurunya berada dalam keadaan sugul dan berdukacita. Beliau pun bertanyakan sebab- munasababnya

Berkatalah Tuan Guru itu, " Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah- buahan serta dedaun pohon tersebut sehingga habis. Yang tinggal hanya batangnya sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya."

Maka, berkatalah Imam Abu Hanifah, " Allah Taala telah mengajarkan hamba ilmu takbir mimpi. Hamba mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah hamba takbirkan."

Berkatalah Tuan Guru itu, "Takbirkanlah...!"

Maka berkatalah Imam Abu Hanifah, " Dusun yang luas terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu
adalah Si ateis, manakala harimau yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri!"

Tuan Guru itu berkata lagi, " Bagaimana pula kalau orang tanya kamu siapa?"

Imam Abu Hanifah menjawab " Katakan sahaja hamba ini budak pembawa kasut Tuan. Berangkatlah, hamba akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hikmat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, hamba akan patahkan hujahnya!"

Tuan Guru amat bersukacita dengan kata- kata Imam Abu Hanifah itu, lalu mereka bertolak bersama- sama ke Masjid Jami'.

Kemudian, Khalifah telah berada di samping orang ramai telah berhimpun di sana.

Si Ateis itu datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya, " Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan- soalanku."

Imam Abu Hanifah menjawab, "Nyatakan sahaja soalan kamu. Orang yang tahu akan menjawabnya!"

Maka Si ateis pun bertanyakan tiga soalan iaitu yang pertama ialah apa yang ada sebelum Allah. Yang kedua, ke manakah Allah sedang menghadap sekarang?. Yang ketiga, apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?

Apa yang ada sebelum Allah? Maka Imam Abu Hanifah menjawab, " Tiada sesuatu sebelum Allah. Buktinya ada pada anggota tubuhmu. Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya."

Ke arah manakah Allah sedang menghadapkan wajahnya? Jawab Imam Abu Hanifah, "Jika tuan menyalakan lampu pelita di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu mengahadap?"

Si ateis itu berkata, "Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru."

Berkatalah Imam Abu Hanifah, "Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Taala Pencipta langit dan bumi, sebab Dialah nur cahaya langit dan bumi!"

Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang? Berkatalah Imam Abu Hanifah, "Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya mesti berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku pula berada di mimbar dan engkau pula di bawah!"

Si ateis itu pun turun, Imam Abu Hanifah pula naik ke atas mimbar. Setelah beliau duduk, Si ateis itu pun bertanyakan soalan tadi.

Imam Abu Hanifah menjawab, "Inilah yang Allah sedang lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas!"

WALLAHUALAM...!

0 comments:

Catat Ulasan

Alangkah baiknya kalau anda share apa yang anda baca...sebarkan kata- kata hikmah, sampaikan dakwah, tonjolkan keindahan Islam...Sekian :-)= (Smiley berjanggut)

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.