Khamis, 22 Mac 2012

Posted by Putra Zulkhairi | File under : ,
Bismillahirrahmanirrahim
Imam al-Ghazali menggariskan sifat Mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian:

  1. Gemar makan dan minum - sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.
  2. Banyak berkata- kata yang sia- sia- bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta, dan bertengkar.
  3. Marah- berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.
  4. Hasad, dengki, dan iri hati- lahir daripada daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang
Posted by Putra Zulkhairi | File under :
Bismillahirrahmanirrahim
Allah.s.w.t  telah berfirman yang bermaksud:
" Solat itu tiang agama ( Sesiapa yang mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkannya.)"
( Riwayat al- Dailami)

Kali ini Fikrah Hunter ingin berkongsi dengan anda petua untuk khusyuk di dalam solat. Untuk Khusyuk di

Selasa, 20 Mac 2012

Posted by Putra Zulkhairi | File under :
Bismillahirrahmanirrahimi wabihi nastainu billah

Akidah adalah perkara paling asas dalam kehidupan manusia yang bergelar Muslim kerana tanpanya tidaklah terikat hati mukmin untuk sentiasa berlaku taat dan takwa kepada Allah. Hasil daripada ikatan itu, seorang mukmin tidak akan bertindak melakukan sesuatu dengan sewenang- wenangnya lantaran mengetahui bahawa setiap perbuatan yang dilakukan manusia akan membawa kesan yang baik atau buruk pada masa akan datang. Malahan, seorang mukmin juga akan sentiasa meyakini bahawa setiap peraturan dan ciptaan Allah sentiasa ada hikmah di sebaliknya sama ada manusia itu mengetahuinya atau tidak mengetahuinya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai akidah, maka Fikrah Hunter akan mengupas lebih lanjut mengenainya.

Akidah dari segi bahasa:

Berasal dari perkataan Arab yang iaitu aqada yang bermaksud mengikat.

Oleh itu, akidah adalah ikatan/ atau simpulan yang mengikat sesuatu dengan sesuatu.

Akidah dari segi Istilah:

Suatu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang, pemikiran dan hatinya dengan sesuatu kepercayaan, menjadikan kehidupannya terarah dan terpimpin.

Persoalan yang ingin Fikrah Hunter utarakan adalah sekiranya akidah ialah ikatan atau simpulan, apakah

Ahad, 11 Mac 2012

Posted by Putra Zulkhairi | File under : ,
Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Al- kisah, suatu pagi, Imam Abu  Hanifah yang ketika itu masih kanak- kanak mendapati tuan gurunya berada dalam keadaan sugul dan berdukacita. Beliau pun bertanyakan sebab- munasababnya

Berkatalah Tuan Guru itu, " Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah- buahan serta dedaun pohon tersebut sehingga habis. Yang tinggal hanya batangnya sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya."

Maka, berkatalah Imam Abu Hanifah, " Allah Taala telah mengajarkan hamba ilmu takbir mimpi. Hamba mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah hamba takbirkan."

Berkatalah Tuan Guru itu, "Takbirkanlah...!"

Maka berkatalah Imam Abu Hanifah, " Dusun yang luas terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu

Ahad, 4 Mac 2012

Posted by Putra Zulkhairi | File under : ,
Assalamualaikum. Entri kali ini mungkin sudah pun lama dan didapati di dalam blog yang lain. Namun sebagai permulaan, ingin saya kongsikan kepada anda sebuah petua yang menarik untuk dikongsikan bersama. Ada seorang hamba Allah ini mencari sebuah entri yang pelik berkaitan dengan petua - petua untuk membuat maksiat. Biar betul orang ni.


Bukankah seyogyanya atau sepatutnya  hamba Allah itu mencari entri- entri yang lain yang lebih bermanfaat. Walaupun tidak sepatutnya perkara sedemikian itu wujud, sebenarnya telah lama petua ini wujud. Inilah dia petua- petua dari sumber yang sahih ( Insyaallah). Kalau nak juga, bacalah.


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata, 



  1. "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau
Posted by Putra Zulkhairi | File under :
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahirabbil alamin wassolatuwassalam waala asyrafil anbiai wal mursalin waala alihi wasabbihi ajmain. Allahumma solli wasallim ala tibbil qulubi wa dawaiha wa afiatil abdani wa syifaiha, amma ba'du

Assalamualaikum warahmatullah dan salamun alaik kepada semua pengunjung- pengunjung blog yang dikasihi Allah sekalian. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah dan segala kekurangan pada diri kita adalah dari diri kita sendiri dengan izin Allah.